"One Heart One Team"

"The believers are nothing else than brethren.."
[49:10]

Training Session 0 comments


ASSALAMUALAIKUM kepada semua pemain MUFC!

Makluman.... sesi latihan akan diteruskan seperti biasa. Kehadiran adalah wajib kecuali setelah mendapat izin dari jurulatih atau pengerusi...

Masa Latihan; 0600-0900
Hari Latihan; setiap Sabtu

Diwajibkan memakai t-shirt latihan MUFC semasa sesi latihan.

Kerjasama dari semua pemain sangat diharapkan!
Taqabbalallahu minna wa minkum.


BERITA MENARIK !!!

Berminat memiliki t-shirt rasmi,
MUSLIMEEN FOOTBALL CLUB


tempah segera,
dengan harga.....
LE 25*

dan tawaran menarik:



untuk tempahan, emelkan ke:

n-bakri26@hotmail.com

Players' Profile 1 comments

BARISAN PEMAIN



~Us Mat~
Nama: Muhd Rushdi Afifi bin Asbullah
Asal: Kota Bharu, Kelantan
D.O.B: 12 Mac 1984
Kuliah: Syariah Thn 4 (Kaherah)
Jawatan: Pengerusi
Sek. Terakhir: MINDA, Kedah
Emel: rushdi_afifi@yahoo.com




~b@kri~
Nama: Nurbakri bin Abd Hamid
Asal: Teluk Mas, Melaka, Malaysia
D.O.B: 5 Jun 1987
Kuliah: Markaz Bahasa Arab
Jawatan: Jurulatih
Sek. Terakhir: JAIPUTRA, Kelantan
Emel: N/A




~farhan~
Nama: Muhd Farhan b Muhd Fadhil
Asal: Ipoh, Perak
D.O.B:
Kuliah: Syariah Thn 3 (Kaherah)
Jawatan: Setiausaha
Sek. Terakhir: Al-Hidayah Ipoh (STAM)
Emel: muhfarhan385@yahoo.com




~Ibrahim~
Nama: Ibrahim bin Hussen
Asal: Ampang, Selangor, Malaysia
D.O.B: 31 December 1990
Kuliah: Usuluddin Thn 3 (Kaherah)
Jawatan: Timbalan Setiausaha
Sek. Terakhir: Ma'ahad Buuth Islamiah, EG
Emel: ibrahim_imz7@yahoo.com




~khai~
Nama: Mohd Khairul Anuar bin Zulkarnain
Asal: Ipoh, Perak
D.O.B: 01 Januari 1986
Kuliah: Syariah Thn 1 (Kaherah)
Jawatan: Bendahari
Sek. Terakhir: Al-Hidayah, Ipoh (STAM)
Emel: rulstam@yahoo.com.my




~pokmi~
Nama: Fahmi Bazlan bin Muda
Asal: Terengganu, Malaysia
D.O.B:
Kuliah: Syariah Thn 3 (Kaherah)
Jawatan: Unit Peralatan
Sek. Terakhir: Maahad Muhammadi, Kelantan
Emel: ikhwah_band@yahoo.com




~dr.Isa~
Nama: Isa bin Mohd Hassan
Asal:
D.O.B:
Kuliah: Perubatan Thn 3 (Kaherah)
Jawatan: Unit Perubatan
Sek. Terakhir: MTAQ Hira' Jeram (SPM)
Emel:



~zaizul~
Nama: Zaizul Irshadi bin Zaman
Asal: Terengganu, Malaysia
D.O.B: 08 April 1987
Kuliah: Syariah Thn 3 (Kaherah)
Jawatan: Unit Dokumentasi
Sek. Terakhir: MRSM Qber (SPM), Al-Hidayah, Ipoh (STAM)
Emel: ir_luziaz@yahoo.com




~nawai~
Nama: Munawwar b Abd Rahman
Asal: Skudai, Johor, Malaysia
D.O.B: 22 Disember 1988
Kuliah: Syariah Thn 2 (Tonto)
Sek. Terakhir: SMI Hidayah, JB (SPM),
SMA Hidayah, Ipoh(STAM)
Emel: munawwar.ar@gmail.com




~nawaf~
Nama: Nawaf Khan Sb Ghulam Murti
Asal: Singapura
D.O.B: 06 Januari 1988
Kuliah: Syariah Thn 1 (insyaAllah)
Sek. Terakhir: Maa'had Buuth Islamiah, EG
Emel: nawaf_khan@hotmail.com, jimmy_linkin@yahoo.com





~ammar~
Nama: Ammar Al-Rashed bin Abd Rahim
Asal: WPKL, Malaysia
D.O.B: 12 Julai 1986
Kuliah: Syariah Thn 2 (Kaherah)
Sek. Terakhir: MTAQ Hira', Jeram (SPM),
Al-Hidayah, Ipoh (STAM)
Emel: ammar_rashed@hotmail.com





~Wan~
Nama: Muhd Syazwan bin Menon
Asal: Pulau Pinang, Malaysia
D.O.B: 13 Mei 1988
Kuliah: Markaz Bahasa Arab
Sek. Terakhir: JAIPUTRA, Kelantan
Emel: harumankasturi88@yahoo.com




~Umar~
Nama: Muhammad Umar Mukhtar bin Shafie
Asal: Pulau Pinang
D.O.B: 29 Julai 1988
Kuliah: Usuluddin Thn 2 (Dumyat)
Sek. Terakhir: Maahad Bu'uth Islamiah, EG
Emel: ibnu_gambureey@yahoo.com




~N/A~
Nama:
Asal:
D.O.B:
Kuliah:
Sek. Terakhir:
Emel:




~N/A~
Nama:
Asal:
D.O.B:
Kuliah:
Sek. Terakhir:
Emel:




~N/A~
Nama:
Asal:
D.O.B:
Kuliah:
Sek. Terakhir:
Emel:




Next Friendly 2 comments

Perlawanan 3 Penjuru

3 pasukan bakal berentap!
Tonto, Kaherah dan MUSLIMEEN FC!

tempat: Nadi Tajamu' Awal
sepak mula: 7.00pm
tarikh: 29 Ogos 2008

Dijemput semua memeriahkan suasana!
masuk adalah percuma.



Kenangan Bersama KLFC di Piala Malaysia 2008 0 comments

Ukhuwah dan persahabatan:


mendengar briefing dari coach dengan berlapang dada...


jundullah...


warming up sebelum game...


stretching...


sedikit perkongsian dr Us Ibrahim (ajkt wilayah)...



Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus utuh...
Terima kasih wahai sahabat..

Piala Ulul Albab 2008 0 comments

Gambar menarik sekitar Kejohanan Piala Ulul Albab 2008:


senaman regangan...


pesanan terakhir dari coach...


semangat berpasukan...


ukhuwah...


Suq Sayyarat FC...


Muslimeen United Footbal Club


taklimat pengadil...


post-mortem game...

Vision 0 comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Firman Allah:

"وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ"
" Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[Al-Anfaal; 63]

Alhamdulillah atas segala kurniaNya, terutama nikmat Iman dan Ukhuwwah yang mengalir dalam darah dan meresap dalam nafas kita semua. Selawat dan salam kepada Nabi Muhd s.a.w, sebaik-baik contoh dalam hidup kita, serta ahli keluarga Baginda, para sahabat, para Tabi’en dan mereka yang menjejaki langkah mereka sehingga hari akhirat. Semoga kita adalah sebahagian dari mereka.

Dari ayat diatas, mudah untuk kita fahami bahawa pada hari ini kita dapat bersama dan bersatu adalah kerana Allah telah menyuburkan hati-hati ini dengan nilai kemesraan serta kasih dan sayang. Persoalannya, kemanakah kita mengarahkan kemesraan dan kasih sayang ini? Adakah kepada pengabdian kepada Allah atau yang selain daripadaNya? Marilah kita menjawabnya dengan istighfar dan memperbaharui niat kita semua. - أستغفر الله العظيم -

Seterusnya kita meletakkan titik tolak dalam mengembeleng tenaga untuk bersama dalam Muslimeen F.C di atas sepotong ayat al-Quran yang ringkas ini,

"وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِين"
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk"
[Al-Baqarah; 45]

Bagi memastikan usaha ini mempunyai permulaan yang suci dan berterusan, kita semua perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang Ibadah yang kita lakukan ini sebagaimana kita memahami hakikat Islam sebagai satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.

Kita meyakini dalam setiap pertemuan kita, tidak kira tempat dan waktunya, pertemuan tersebut adalah untuk Allah s.w.t kerana kita bercita-cita untuk meletakkan diri ini di dalam salah satu golongan yang mendapat perlindungan di bawah naungan lembayung Allah di akhirat kelak sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w mafhumnya: “Tujuh golongan yang mendapat perlindungan di bawah lembayung Allah pada Hari tiada lembayung melainkan lembayungNya:... Dua pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t... ”.

Dalam usaha(ibadah) kita ini, kita menitik beratkan kualiti amal kerana ia adalah mempunyai nilai yang tinggi pada pandangan mata manusia lebih-lebih lagi pada pandangan Allah s.w.t sebagaimana sabda Baginda s.a.w yang mafhumnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hamba-hambaNya yang apabila melakukan sesuatu amalan dia bersungguh-sungguh dan memperelokkannya”. Dan ketahuilah sesungguhnya penilaian di sisi Allah itu amat tinggi nilainya.

Pembentukan Team MFC ini tidak memandang remeh terhadap tahap kecergasandan keupayaan fizikal kerana kita jelas dan faham bahawa Allah s.w.t lebih menyukai hamba-hambaNya yang kuat berbanding hamba-hambaNya yang lemah.

Kita memilih sukan bola sepak kerana ia mempunyai daya tarikan yang kuat untuk mengajak saudara-saudara kita yang lain bermain, bersaing dan beribadah dalam konteks Islam yang Syumul. Bahkan pemain Muslimeen F.C perlu lebih kehadapan sebagai qudwah kepada yang sahabat yang lain sebagaimana golongan Salafus-Soleh yang menjadi Qudwah dalam setiap bidang yang mereka ceburi.

Dengan menjadikan bola sebagai alat seruan pengabdian kepada Allah s.w.t, maka dengan kualiti, mutu dan qudwah yang dapat kita usahakan sebenarnya kita telah memenangi setiap perlawanan sebelum wisel permulaan ditiupkan lagi, dan pertolongan Allah datang untuk hamba-hambanya yang berusaha dan sabar.

Kepada mereka yang faham, percaya, ingin dan ikhlas tentang hadaf-hadaf kami… Ayuhlah bersama kami untuk bersama di barisan hadapan memburu piala di dunia dan mendapat syurga diakhirat. فاستبقوا الخيرات


والله أعلم

Objectives 0 comments

Antara objektif yang telah digariskan:

1. Mengumpulkan kawan-kawan untuk bersama-sama meningkatkan mutu permainan bola sepak.

2. Membentuk fizikal lasak dan sesuai untuk tugasan yang berat.

3. Ke arah kefahaman Islam yang lebih Syumul; Ibadah dengan bersukan.

4. Melahirkan atlit-atlit yang memahami hakikat ibadah di dalam sukan.

5. Mempraktikkan nilai mulia dalam diri semasa bersukan.

About Us 0 comments

Sesungguhnya ibadah dalam Islam sangat luas dan syumul. Islam tidak hanya memfokuskan ibadah pada solat, puasa, zakat dan sedekah sahaja bahkan lebih daripada itu. Oleh itu, bersukan juga dikira sebahagian daripada ibadah jika kena pada caranya.

Atas kesedaran ini, pada bulan Mac 2008, secara rasminya Muslimeen Football Club atau ringkasannya (MFC) telah ditubuhkan di bumi Mesir. Kelab ini menghimpunkan pemain-pemain dari kalangan penuntut-penuntut warganegara Malaysia di bumi Mesir.

Dengan motto, "One Heart One Team", MFC telah merangka pelbagai aktiviti dalm usaha mencapai OBJEKTIF yang telah digariskan.

Semoga dengan penubuhan kelab ini akan menambahkan lagi ketakwaan para pemain kepada Allah s.w.t di samping menambah faham kita kepada kesyumulan Islam.